Saturday, August 1, 2009

Isu Ceramic Club Dengan BNM

Isu Ceramic Club Dengan BNM


Salam sejahtera semua...
Seminggu dah berlalu...Ceramic Club masih tiada apa-apa info.Tanya kat upline,dia orang pun tak tahu yang mana satu berita yang betul atau sekadar menyedapkan hati ahli-ahli Ceramic Club.Aku bukannya nak kutuk Ceramic Club sekadar meluahkan rasa hati...aku ada join.Mula-mula memang boleh sabar tapi lama-lama...boring la jugak.Kalau pada awal kena serbu ngan BNM hari tu,aku masih ada 80% keyakinan kat Ceramic Club,tapi pada hari ini dan saat ini dah tinggal 50%.Korang cuba tengok screen shot yang aku ambil kat satu forum semalam.Macam-macam PHD dok umpat kat Ceramic Club,geram jugak aku...tapi bila difikirkan balik statement dan hujah-hujah pakar-pakar PHD tu buat....ada kebenarannya jugak.Macam-macam gossip  ada...nak kelaur statement kat TV la.....EEEEEE geramnya...!!


 click to enlarge


Walau apa pun...perkara dah berlaku dan aku anggap ini sebagai satu cabaran dalam dunia perniagaan(kalau dipanggil perniagaan).Tak dinafikan semua jenis perniagaan yang kita ceburi memang ada risiko.Dan aku sedar inilah antara risiko yang patut aku tanggung Harap-harap perkara sebegini tak berlaku lagi dalam kehidupan aku.Nasib aku masih dikira baik kerana hilang 7k/8k sahaja,ada rakan-rakan Ceramic yang join 20k,30k dan 50k.Bahkan ada yang berhutang kerana nak join Ceramic Club...apa cerita beb...!!

Kebanyakkan yang menyertai Ceramic Club tu adalah orang melayu.Termasuklah aku....kesian wehhh...


Pada pihak Bank Negara Malaysia,secara peribadi aku cadangkan sebelum meluluskan satu-satu syarikat tu beroperasi..siasat la puas-puas,sekarang ni yang jadi mangsa kebanyakkannya orang melayu..




Buat sementara ni aku kena lupakan dulu pasal Ceramic Club.Kehidupan mesti diteruskan,anak nak makan,sekolah,bil api,air,telefon dan macam-macam lagi...dah dekat nak raya plak tu...semuanya perlukan duit.

Berita terbaru aku baru je join ads4bucks.Modal pun kecik je,hanya Rm170.00...income pun boleh tahan.Aku ada buat review real time account aku kat sini.Korang tengok dulu...macam biasa.......hello la jika berminat.Kalau korang nak tahu lebih lanjut sila lawat ads4-bucks.blogspot.com .
Join jangan tak join....!!
 


Pada PHD-PHD semua moga korang seronok dan berbahagia kutuk kita orang.Buat masa ni kebanyakkan web ceramic yang lain semuanya under maintenance,cuma tinggal web aku je yang belum tutup.Tu semua aku tak kisah...aku masih boleh tunggu dan tunggu dan...
Moga segala keputusan BNM berpihak pada Ceramic Club..!!



sindir seram.......



by

RSS Digg Twitter StumbleUpon Delicious Technorati

0 comments:

Post a Comment