Saturday, August 1, 2009

Isu Ceramic Club Dengan BNM

Isu Ceramic Club Dengan BNM


Salam sejahtera semua...
Seminggu dah berlalu...Ceramic Club masih tiada apa-apa info.Tanya kat upline,dia orang pun tak tahu yang mana satu berita yang betul atau sekadar menyedapkan hati ahli-ahli Ceramic Club.Aku bukannya nak kutuk Ceramic Club sekadar meluahkan rasa hati...aku ada join.Mula-mula memang boleh sabar tapi lama-lama...boring la jugak.Kalau pada awal kena serbu ngan BNM hari tu,aku masih ada 80% keyakinan kat Ceramic Club,tapi pada hari ini dan saat ini dah tinggal 50%.Korang cuba tengok screen shot yang aku ambil kat satu forum semalam.Macam-macam PHD dok umpat kat Ceramic Club,geram jugak aku...tapi bila difikirkan balik statement dan hujah-hujah pakar-pakar PHD tu buat....ada kebenarannya jugak.Macam-macam gossip  ada...nak kelaur statement kat TV la.....EEEEEE geramnya...!!


 click to enlarge


Walau apa pun...perkara dah berlaku dan aku anggap ini sebagai satu cabaran dalam dunia perniagaan(kalau dipanggil perniagaan).Tak dinafikan semua jenis perniagaan yang kita ceburi memang ada risiko.Dan aku sedar inilah antara risiko yang patut aku tanggung Harap-harap perkara sebegini tak berlaku lagi dalam kehidupan aku.Nasib aku masih dikira baik kerana hilang 7k/8k sahaja,ada rakan-rakan Ceramic yang join 20k,30k dan 50k.Bahkan ada yang berhutang kerana nak join Ceramic Club...apa cerita beb...!!

Kebanyakkan yang menyertai Ceramic Club tu adalah orang melayu.Termasuklah aku....kesian wehhh...


Pada pihak Bank Negara Malaysia,secara peribadi aku cadangkan sebelum meluluskan satu-satu syarikat tu beroperasi..siasat la puas-puas,sekarang ni yang jadi mangsa kebanyakkannya orang melayu..




Buat sementara ni aku kena lupakan dulu pasal Ceramic Club.Kehidupan mesti diteruskan,anak nak makan,sekolah,bil api,air,telefon dan macam-macam lagi...dah dekat nak raya plak tu...semuanya perlukan duit.

Berita terbaru aku baru je join ads4bucks.Modal pun kecik je,hanya Rm170.00...income pun boleh tahan.Aku ada buat review real time account aku kat sini.Korang tengok dulu...macam biasa.......hello la jika berminat.Kalau korang nak tahu lebih lanjut sila lawat ads4-bucks.blogspot.com .
Join jangan tak join....!!
 


Pada PHD-PHD semua moga korang seronok dan berbahagia kutuk kita orang.Buat masa ni kebanyakkan web ceramic yang lain semuanya under maintenance,cuma tinggal web aku je yang belum tutup.Tu semua aku tak kisah...aku masih boleh tunggu dan tunggu dan...
Moga segala keputusan BNM berpihak pada Ceramic Club..!!



sindir seram.......



by

Monday, July 27, 2009

Petua Untuk Tahan Lama

Petua Untuk Tahan Lama





Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......

Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie,  ya?
Kat bawah nie ada beberapa petua untuk 'tahan lama'. grrrrr...korang baca la dulu....pas tu baru komen...!!





KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2010. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?






NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.






BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',  Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, hua hua  hua...






PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER..BAJU SENDIRI SIMPAN.





KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.





KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillllah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..





UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).





ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
 P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat

 hahaaa....






TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam.  Rajin-rajinlah tidur siang.





HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!


Selamat bertahan lama dan selamat berpetua...dan kalau ada sapa-sapa yang nak share petua...contact us.
by

boring nya aku....BNM ngan Ceramic Club belum settle...