at
8:49 PM
Posted by
Blogger Boys
Berita Terkini Ceramic Club Vs BNM

03/08/2009
Salam sejahtera untuk semua ahli Ceramic Club....
Laman web http://www.ceramics.myportal.my/ akan ditutup berikutan sorotan siasatan Bnm keatas Asia Ceramic Marketing.Dan pada malam tadi satu perjumpaan telah diadakan di Energy Cafe,Taman Setia Tropika,JB...Dr.Steve telah mengumumkan satu berita yang baik dan amat baik untuk semua ahli.Aku yakin korang semua boleh tidur lena malam nanti...
Untuk info lanjut sila hubungi upline masing-masing,dikhuatiri jika saya beritahu disini...perkara ini akan dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan atas kejatuhan Ceramic Club..Harap Maklum.
Dibawah ialah sempat dirakamkan beberapa gambar ketika sesi penerangan diadakan.Ada antara ahli yang sanggup datang dari Trengganu,Batu Pahat,Muar,Singapore untuk memberi sokongan padu pada Ceramic Club.Alhamdullilah semua perkara dapat diselesaikan dengan baik.Puratanya semua ahli telah bersependapat dan bersetuju dengan apa yang dibincangkan.TQ to Dr.Steve...!!
maaf mutu gambar kurang memuaskan(click image to enlarge)
Diharap semua PHD-PHD tak perlu lagi mensensasikan topik ini.(misi anda telah berjaya).Apa yang dah berlaku ..biarkan ia berlalu,kita jadikan ia sebagai tauladan untuk hari mendatang.Hari ini hari CBC...esok lusa tak siapa tahu hari siapa...!!!
Lagipun perkara sebegini....lumrah dalam perniagaan.Pada ahli-ahli Ceramic Club semua...terimakasih diucapkan atas sokongan anda selama ini.Jangan lupa untuk hubungi Upline anda untuk info lanjut....anda pasti HAPPY...!!! Lagi bagus...korang baca ayat kat bawah ni...
Dan untuk PHD-PHD plak layan klip ni.....
BENGANG....Akim AF7
ps:Sebarang kesulitan amat dikesali.TQ. by
at
12:31 AM
Posted by
Blogger Boys
Isu Ceramic Club Dengan BNM
Salam sejahtera semua...
Seminggu dah berlalu...Ceramic Club masih tiada apa-apa info.Tanya kat upline,dia orang pun tak tahu yang mana satu berita yang betul atau sekadar menyedapkan hati ahli-ahli Ceramic Club.Aku bukannya nak kutuk Ceramic Club sekadar meluahkan rasa hati...aku ada join.Mula-mula memang boleh sabar tapi lama-lama...boring la jugak.Kalau pada awal kena serbu ngan BNM hari tu,aku masih ada 80% keyakinan kat Ceramic Club,tapi pada hari ini dan saat ini dah tinggal 50%.Korang cuba tengok screen shot yang aku ambil kat satu forum semalam.Macam-macam PHD dok umpat kat Ceramic Club,geram jugak aku...tapi bila difikirkan balik statement dan hujah-hujah pakar-pakar PHD tu buat....ada kebenarannya jugak.Macam-macam gossip ada...nak kelaur statement kat TV la.....EEEEEE geramnya...!!
click to enlarge
Walau apa pun...perkara dah berlaku dan aku anggap ini sebagai satu cabaran dalam dunia perniagaan(kalau dipanggil perniagaan).Tak dinafikan semua jenis perniagaan yang kita ceburi memang ada risiko.Dan aku sedar inilah antara risiko yang patut aku tanggung Harap-harap perkara sebegini tak berlaku lagi dalam kehidupan aku.Nasib aku masih dikira baik kerana hilang 7k/8k sahaja,ada rakan-rakan Ceramic yang join 20k,30k dan 50k.Bahkan ada yang berhutang kerana nak join Ceramic Club...apa cerita beb...!!
Kebanyakkan yang menyertai Ceramic Club tu adalah orang melayu.Termasuklah aku....kesian wehhh...
Pada pihak Bank Negara Malaysia,secara peribadi aku cadangkan sebelum meluluskan satu-satu syarikat tu beroperasi..siasat la puas-puas,sekarang ni yang jadi mangsa kebanyakkannya orang melayu..
Buat sementara ni aku kena lupakan dulu pasal Ceramic Club.Kehidupan mesti diteruskan,anak nak makan,sekolah,bil api,air,telefon dan macam-macam lagi...dah dekat nak raya plak tu...semuanya perlukan duit.
Berita terbaru aku baru je join ads4bucks.Modal pun kecik je,hanya Rm170.00...income pun boleh tahan.Aku ada buat review real time account aku kat sini.Korang tengok dulu...macam biasa.......hello la jika berminat.Kalau korang nak tahu lebih lanjut sila lawat ads4-bucks.blogspot.com .
Join jangan tak join....!!
Pada PHD-PHD semua moga korang seronok dan berbahagia kutuk kita orang.Buat masa ni kebanyakkan web ceramic yang lain semuanya under maintenance,cuma tinggal web aku je yang belum tutup.Tu semua aku tak kisah...aku masih boleh tunggu dan tunggu dan...
Moga segala keputusan BNM berpihak pada Ceramic Club..!!
at
10:58 PM
Posted by
Blogger Boys
Ceramic Club dan Asia Ceramic Disabotaj??? Mesej terkini.......
Mesej ini disampaikan oleh Mr. Steve sendiri: Syarikat Asia Ceramic di sabotaj oleh beberapa syarikat lain yang terjejas dan mengaitkan syarikat dengan pelaburan & pengambilan deposit menyebabkan syarikat di siasat oleh BNM.Di harap semua ahli jangan panik. Di bawah ini saya sertakan maklumat terkini yang diterima daripada TOP LEADER En Samsudin yang di terima dari Mr Steve.
1) Repurchase boleh di lakukan seperti biasa untuk mengelakkan ‘bonus compress’ atau kehilangan bonus. Sila gunakan EV SISTEM sahaja. 2) Pendaftaran baru boleh di lakukan seperti biasa jika prospek2 bersetuju menggunakan EV system sebagai cara bayaran.
3) Penebusan baucer dan cek cek yang sedia ada jgn di bank in kan dulu sehingga di maklumkan oleh pihak syarikat.
4) Segala pembayaran bonus akan berjalan seperti biasa.
Aku dah dapat modal dah tanpa susah payah cari org...memang sedih la perkara ni berlaku...sekurang-kurangnya duit ceramic ni dpt menampung keperluan harian......aku tak salahkan syarikat...syarikat dah buat yang terbaik...ni angkara orang yang mempunyai "phd" yang tinggi...sabar ajer la...apa-apa pun aku support ceramic club. BNM kata ada members yang komplen. Yang peliknya ahli-ahli ceramic selama ni happy jer dengan CBC, takda masalah pun.Cek dapat, voucher dapat,khairat dapat. Yang nak keluar boleh keluar bila-bla masa dan dapat balik duit diorang, bahkan dapat untung jugak. Tak pernah aku dengar pulak pihak CBC tak bayar. Aku baru call HQ, diorang minta hold dulu re-purchase atau redeem baucer sehingga diberitahu kelak dalam website CBC. Kalau tak yakin, boleh call HQ 03-42702898.Sebagusnya dapatkan update terkini sama ada melalui Fax, Email @ telefon dari upline anda.Anyway to CBC members....... tipu la kalau tak rasa sedih bila kena raid nie tapi camna pun kalau dah suratan kita terima je la,one thing for sure, ceramic is unique.. non club like ceramic club always on time with the ev and cheque clearance as stated in the sell back policy.
Harap semua warga CBC seramai 40,000 orang tu dapat bersabar dan doakan segala keputusan menyebelahi CBC...!!! Kata-kata kat bawah aku copy dari ahli CBC kat satu forum....(sekadar tenangkan jiwa nan lara)
bulan purnama wrote:
BOTOOIII...aku pn tido lena dah smalam bila dpt berita baik...aku x tau laa nak bahasakan apa kat org yg suka suka sgt bila org lain jatuh...bukan nak bagi semangat ke ape,malah nak api2kan lg...
kita tggu je la...Insya Allah kita menang..
Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87
Layan klip ni...buat sejukkan hati....
tengah dok siasat....
at
6:27 PM
Posted by
Blogger Boys
Ceramic Business Club Diserbu BNM
To all our valued Distributors,
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dibawah siasatan Bank Negara Malaysia buat masa ini.(lihat screen shot)
Pada semua pengedar-pengedar dinasihat agar tidak melakukan sebarang transaksi buat sementara waktu ini.
Pihak kami akan terus mengemaskini blog ini dengan infomasi terbaru.
Kami menyeru semua pengedar agar bersabar buat sementara waktu ini hingga siasatan selesai dan kami juga berharap satu keputusan yang positif akan tercapai.
Click To Enlarge

Apabila Ceramic Bussines Club diberitakan telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) aku hanya berkata dalam hati “Akhirnya apa yang aku ragu-ragu selama ini menjadi kenyataan” .Sebelum ini saya sendiri telah meneliti lebih dari setahun sebelum join Ceramic Club dan akhirnya terjerumus juga. Siapa tak terasa BEB...DUIT TUUUU.!!
Mungkin nasib sedikit baik kerana sempat merasa sedikit keuntungan dari Ceramic Club walaupun tidak seberapa.
Siapa yang masih belum mendapat pulangan modal jangan khuatir dan jangan risau kerana masih dalam siasatan(ayat menenang hati yang lara) jadi segala keputusan belum lagi dibuat oleh BNM.Harap dapat bersabar,dan moga segala keputusan berpihak pada Ceramic Club.
Kami di Ceramic Club amat berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin...kami akan terus mengemaskini blog ini dengan infomasi terbaru.TQ.
Layan klip ni....
Related links Ceramic Business Club Diserbu BNM:
Rohaizad: Asia Ceramic Sdn Bhd Dserbu Bank Negara
WanMus: Asia Ceramic Sdn Bhd Diserbu Bank Negara Malaysia
by