Sunday, August 2, 2009

Berita Terkini Ceramic Club Vs BNM

Berita Terkini Ceramic Club Vs BNM


03/08/2009
Salam sejahtera untuk semua ahli Ceramic Club....
Laman web http://www.ceramics.myportal.my/ akan ditutup berikutan sorotan siasatan Bnm keatas Asia Ceramic Marketing.Dan pada malam tadi satu perjumpaan telah diadakan di Energy Cafe,Taman Setia Tropika,JB...Dr.Steve telah mengumumkan satu berita yang baik dan amat baik untuk semua ahli.Aku yakin korang semua boleh tidur lena malam nanti...

Untuk info lanjut sila hubungi upline masing-masing,dikhuatiri jika saya beritahu disini...perkara ini akan dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan atas kejatuhan Ceramic Club..Harap Maklum.

Dibawah ialah sempat dirakamkan beberapa gambar ketika sesi penerangan diadakan.Ada antara ahli yang sanggup datang dari Trengganu,Batu Pahat,Muar,Singapore untuk memberi sokongan padu pada Ceramic Club.Alhamdullilah semua perkara dapat diselesaikan dengan baik.Puratanya semua ahli telah bersependapat dan bersetuju dengan apa yang dibincangkan.TQ to Dr.Steve...!!


 maaf mutu gambar kurang memuaskan(click image to enlarge)
 
  
  
  
  
 

Diharap semua PHD-PHD tak perlu lagi mensensasikan topik ini.
(misi anda telah berjaya).Apa yang dah berlaku ..biarkan ia berlalu,kita jadikan ia sebagai tauladan untuk hari mendatang.Hari ini hari CBC...esok lusa tak siapa tahu hari siapa...!!!

Lagipun perkara sebegini....lumrah dalam perniagaan.Pada ahli-ahli Ceramic Club semua...terimakasih diucapkan atas sokongan anda selama ini.Jangan lupa untuk hubungi Upline anda untuk info lanjut....anda pasti HAPPY...!!! Lagi bagus...korang baca ayat kat bawah ni...

 
  
Dan untuk PHD-PHD plak layan klip ni..... 

BENGANG....Akim AF7



ps:Sebarang kesulitan amat dikesali.TQ.
by

Saturday, August 1, 2009

Isu Ceramic Club Dengan BNM

Isu Ceramic Club Dengan BNM


Salam sejahtera semua...
Seminggu dah berlalu...Ceramic Club masih tiada apa-apa info.Tanya kat upline,dia orang pun tak tahu yang mana satu berita yang betul atau sekadar menyedapkan hati ahli-ahli Ceramic Club.Aku bukannya nak kutuk Ceramic Club sekadar meluahkan rasa hati...aku ada join.Mula-mula memang boleh sabar tapi lama-lama...boring la jugak.Kalau pada awal kena serbu ngan BNM hari tu,aku masih ada 80% keyakinan kat Ceramic Club,tapi pada hari ini dan saat ini dah tinggal 50%.Korang cuba tengok screen shot yang aku ambil kat satu forum semalam.Macam-macam PHD dok umpat kat Ceramic Club,geram jugak aku...tapi bila difikirkan balik statement dan hujah-hujah pakar-pakar PHD tu buat....ada kebenarannya jugak.Macam-macam gossip  ada...nak kelaur statement kat TV la.....EEEEEE geramnya...!!


 click to enlarge


Walau apa pun...perkara dah berlaku dan aku anggap ini sebagai satu cabaran dalam dunia perniagaan(kalau dipanggil perniagaan).Tak dinafikan semua jenis perniagaan yang kita ceburi memang ada risiko.Dan aku sedar inilah antara risiko yang patut aku tanggung Harap-harap perkara sebegini tak berlaku lagi dalam kehidupan aku.Nasib aku masih dikira baik kerana hilang 7k/8k sahaja,ada rakan-rakan Ceramic yang join 20k,30k dan 50k.Bahkan ada yang berhutang kerana nak join Ceramic Club...apa cerita beb...!!

Kebanyakkan yang menyertai Ceramic Club tu adalah orang melayu.Termasuklah aku....kesian wehhh...


Pada pihak Bank Negara Malaysia,secara peribadi aku cadangkan sebelum meluluskan satu-satu syarikat tu beroperasi..siasat la puas-puas,sekarang ni yang jadi mangsa kebanyakkannya orang melayu..




Buat sementara ni aku kena lupakan dulu pasal Ceramic Club.Kehidupan mesti diteruskan,anak nak makan,sekolah,bil api,air,telefon dan macam-macam lagi...dah dekat nak raya plak tu...semuanya perlukan duit.

Berita terbaru aku baru je join ads4bucks.Modal pun kecik je,hanya Rm170.00...income pun boleh tahan.Aku ada buat review real time account aku kat sini.Korang tengok dulu...macam biasa.......hello la jika berminat.Kalau korang nak tahu lebih lanjut sila lawat ads4-bucks.blogspot.com .
Join jangan tak join....!!
 


Pada PHD-PHD semua moga korang seronok dan berbahagia kutuk kita orang.Buat masa ni kebanyakkan web ceramic yang lain semuanya under maintenance,cuma tinggal web aku je yang belum tutup.Tu semua aku tak kisah...aku masih boleh tunggu dan tunggu dan...
Moga segala keputusan BNM berpihak pada Ceramic Club..!!



sindir seram.......



by

Monday, July 27, 2009

Petua Untuk Tahan Lama

Petua Untuk Tahan Lama





Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......

Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie,  ya?
Kat bawah nie ada beberapa petua untuk 'tahan lama'. grrrrr...korang baca la dulu....pas tu baru komen...!!





KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2010. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?






NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.






BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',  Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, hua hua  hua...






PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER..BAJU SENDIRI SIMPAN.





KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.





KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillllah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..





UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).





ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
 P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat

 hahaaa....






TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam.  Rajin-rajinlah tidur siang.





HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!


Selamat bertahan lama dan selamat berpetua...dan kalau ada sapa-sapa yang nak share petua...contact us.
by

boring nya aku....BNM ngan Ceramic Club belum settle...






Saturday, July 25, 2009

Ceramic Club vs BNM

Ceramic Club dan Asia Ceramic Disabotaj???




Mesej terkini.......
Mesej ini disampaikan oleh Mr. Steve sendiri:
Syarikat Asia Ceramic di sabotaj oleh beberapa syarikat lain yang terjejas dan mengaitkan syarikat dengan pelaburan & pengambilan deposit menyebabkan syarikat di siasat oleh BNM.Di harap semua ahli jangan panik. Di bawah ini saya sertakan maklumat terkini yang diterima daripada TOP LEADER En Samsudin yang di terima dari Mr Steve.

1) Repurchase boleh di lakukan seperti biasa untuk mengelakkan ‘bonus compress’ atau kehilangan bonus. Sila gunakan EV SISTEM sahaja. 2) Pendaftaran baru boleh di lakukan seperti biasa jika prospek2 bersetuju menggunakan EV system sebagai cara bayaran.

3) Penebusan baucer dan cek cek yang sedia ada jgn di bank in kan dulu sehingga di maklumkan oleh pihak syarikat.

4) Segala pembayaran bonus akan berjalan seperti biasa.


Aku dah dapat modal dah tanpa susah payah cari org...memang sedih la perkara ni berlaku...sekurang-kurangnya duit ceramic ni dpt menampung keperluan harian......aku tak salahkan syarikat...syarikat dah buat yang terbaik...ni angkara orang yang mempunyai "phd" yang tinggi...sabar ajer la...apa-apa pun aku support ceramic club.


BNM kata ada members yang komplen. Yang peliknya ahli-ahli ceramic selama ni happy jer dengan CBC, takda masalah pun.Cek dapat, voucher dapat,khairat dapat. Yang nak keluar boleh keluar bila-bla masa dan dapat balik duit diorang, bahkan dapat untung jugak. Tak pernah aku dengar pulak pihak CBC tak bayar.

Aku baru call HQ, diorang minta hold dulu re-purchase atau redeem baucer sehingga diberitahu kelak dalam website CBC. Kalau tak yakin, boleh call HQ 03-42702898.Sebagusnya dapatkan update terkini sama ada melalui Fax, Email @ telefon dari upline anda.


Anyway to CBC members....... tipu la kalau tak rasa sedih bila kena raid nie tapi camna pun kalau dah suratan kita terima je la,one thing for sure, ceramic is unique.. non club like ceramic club always on time with the ev and cheque clearance as stated in the sell back policy.


Harap semua warga CBC seramai 40,000 orang tu dapat bersabar dan doakan segala keputusan menyebelahi CBC...!!!


Kata-kata kat bawah aku copy dari ahli CBC kat satu forum....(sekadar tenangkan jiwa nan lara)
bulan purnama wrote:

BOTOOIII...aku pn tido lena dah smalam bila dpt berita baik...aku x tau laa nak bahasakan apa kat org yg suka suka sgt bila org lain jatuh...bukan nak bagi semangat ke ape,malah nak api2kan lg...
kita tggu je la...Insya Allah kita menang..

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87





Layan klip ni...buat sejukkan hati....








tengah dok siasat....

Thursday, July 23, 2009

Ceramic Business Club Diserbu BNM

Ceramic Business Club Diserbu BNM







To all our valued Distributors,
 

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dibawah siasatan Bank Negara Malaysia buat masa ini.(lihat screen shot)

Pada semua pengedar-pengedar dinasihat agar tidak melakukan sebarang transaksi buat sementara waktu ini.

Pihak kami akan terus mengemaskini blog ini dengan infomasi terbaru.

Kami menyeru semua pengedar agar bersabar buat sementara waktu ini hingga siasatan selesai dan kami juga berharap satu keputusan yang positif akan tercapai.


Click To Enlarge
 
 




Apabila Ceramic Bussines Club diberitakan telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) aku hanya berkata dalam hati “Akhirnya apa yang aku ragu-ragu selama ini menjadi kenyataan” .Sebelum ini saya sendiri telah meneliti lebih dari setahun sebelum join Ceramic Club dan akhirnya terjerumus juga. Siapa tak terasa BEB...DUIT TUUUU.!!

Mungkin nasib sedikit baik kerana sempat merasa sedikit keuntungan dari Ceramic Club walaupun tidak seberapa.

Siapa yang masih belum mendapat pulangan modal jangan khuatir dan jangan risau kerana masih dalam siasatan(ayat menenang hati yang lara) jadi segala keputusan belum lagi dibuat oleh BNM.Harap dapat bersabar,dan moga segala keputusan berpihak pada Ceramic Club.
 


Kami di Ceramic Club amat berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin...kami akan terus mengemaskini blog ini dengan infomasi terbaru.TQ.


Layan klip ni....




Related links  Ceramic Business Club Diserbu BNM:

Rohaizad: Asia Ceramic Sdn Bhd Dserbu Bank Negara 
WanMus: Asia Ceramic Sdn Bhd Diserbu Bank Negara Malaysia

 
by
 

Wednesday, July 22, 2009

Ceramic Club-Success Story

 Ceramic Club-Success Story

Salam sejahtera untuk semua....
Disini ada beberapa testimoni daripada ahli-ahli Ceramic Business Club yang telah berjaya menjana pendapatan yang agak lumayan sejak menyertai Ceramic Business Club.

Click To Enlarge
 


  


  


  


  


  


 


Jangan berlengah lagi...sertai kami sekarang.Masa tak akan menunggu kita,duit tak kan datang dengan sendiri.Apa yang saya kongsikan disini semata-mata untuk anda yang ingin selesaikan masaalah kewangan anda.MASIH RAGU?????

Sebelum ni,saya pun seperti anda,ragu,bimbang,takut duit lesap dan macam-macam yang  bermain difikiran.Sebelum saya menyertai Ceramic Club ini,saya berfikiran negatif terhadap jenis perniagaan seperti ini.Tapi alhamdulillah atas desakan kawan (join kerana nak jaga hati kawan) saya ambil pakej keluarga.Syukur...walau pun masih tak berapa nak lumayan tapi ianya mendatangkan hasil(untung la tu).

Dalam sesuatu perniagaan memang ada risiko...samada untung atau rugi.Berlandaskan profile syarikat yang teguh saya beranikan diri untuk menyertai perniagaan ini.6 bulan berlalu....duit dah masyukkkkkkk.Tapi tak la seperti ahli yang lebih awal,mereka dah kaya raya...kalau tak kaya pun...ada duit senang belanja.

Jangan risau ini bukan perniagaan seperti MLM ,skim cepat kaya atau yang sewaktu dengannya.Tak payah nak ingat nak cari downline la,upline la dan macam-macam line lagi....tapi kalau cari lagi bagus la.Ada kerja lebih...ada gaji lebih..!!He...hee..!!Ceramic Business Club adalah satu perniagaan yang unik.Kerja pun santai je...kalau tak kerja lagi la santai...

Ceramic Business Club akan menyambut ulangtahun yang kedua August ini.Yang kedua???Ya...ulang tahun yang kedua,dan tak lama lagi Ceramic Business Club akan menerjah pasaran Indonesia.Pada warga Indonesia yang berminat boleh terus hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Ceramic Business Club Appreciation Nite 2009
 

Okay lah..banyak cakap....banyak pulak bohong.Segala keputusan ditangan anda.Pilihan bijak anda hari ini menentukan kewangan anda hari esok.Anda tahu macam cara mana nak hubungi saya.!!!
by

Tuesday, July 21, 2009

Pakej Keluarga




Seperti mana yang anda tahu, proses pendaftaran ahli kelab Ceramic Buisness Club ini memerlukan introducer (penaja/anda). Di sini, Ceramic Buisness Club memberikan ganjaran yang sangat lumayan kepada introducer (penaja/anda) yang memperkenalkan peluang yang hebat ini kepada orang ramai mahupun kepada ahli keluarga sendiri!


Introducer (penaja/anda) akan menerima 10% keuntungan(untung trading) daripada nilai pakej yang dibeli oleh setiap ahli yang ditajanya. Bonus ini bukan hanya sekali, tetapi setiap kali orang  yang dibawah tajaan  anda membuat pembelian. Ini menjadikan pendapatan aktif anda ini berterusan setiap bulan, berkali-kali, setiap kali orang yang dibawah tajaan  anda purchase!

Cuba anda bayangkan apabila semakin ramai menyertai peluang hebat ini melalui anda?Atau apabila ahli keluarga anda turut serta menyertai peluang ini.Syarikat akan tetap membayar BONUS HEBAT ini kepada ahlinya tanpa had bilangan ahli yang menyertainya dibawah tajaan  anda!!


Antara pilihan pakej keluarga yang disediakan untuk anda....

Click To Enlarge
   
  
  
 


Segala keputusan ditangan anda,anda yang bakal mencorakkan kehidupan anda....buat keputusan yang bijak.Saya hanya sekadar menyampaikan.Insyallah.....jika perniagaan ini seiring dengan niat yang ikhlas,ianya pasti akan sukses dan berjaya.

 

Jika anda telah memahami konsep dan jenis perniagaan kami dan berminat untuk menjadi sebahagian ahli keluarga Ceramic Club,diingatkan  disini...."Sebelum anda membuat sebarang tranksaksi pembayaran anda dinasihatkan menghubungi kami terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang unsur-unsur penipuan demi menjaga nama baik syarikat."
 by


 

Pakej Booster D

Ceramic Business Club


Berikut adalah Pilihan Pakej Pendaftaran Distributor Ceramic Business Club. Pakej pendaftaran ini telah dikemaskini bermula 1 Julai 2008 kerana terdapat polisi baru penyertaan dengan mewajibkan ahli membuat pembelian International Profit Sharing (IPS) sebelum boleh menyertai Sell Back Policy. Mulai 15 Mei 2009.


 
Click To Enlarge
Pakej Booster D ( Ceramic Energy Water Filter )


RM6,800.00 (Booster) + RM155.00 (Keahlian Privilege Seumur Hidup)
Modal Perniagaan = RM6,955.00


Anda akan menerima 4 keping cek RM1,900.00, yang kesemuanya bernilai RM7,600.00 + RM400.00 Baucer eMart @ 400 Shopping Point (SP).

Cek Pertama adalah bertarikh SEBULAN dari tarikh pembelian, manakala Cek Kedua adalah DUA BULAN  manakala Cek Ketiga adalah TIGA BULAN dan Cek Keempat  adalah EMPAT BULAN dari tarikh pembelian.

Dengan setiap pembelian Pakej Booster D, anda akan menerima 100 SP pada keesokan harinya.

INFO:

Untuk Pakej Booster D ini, jika anda ingin melakukan repurchase setiap bulan dan ingin mendapat bonus sebanyak RM800.00 + RM400.00 Baucer eMart @ 400 SP setiap bulan, anda perlu mengikut sistem seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual di atas. Contohnya anda membeli Booster pada bulan 1, menerima 4 keping cek pada bulan 2, bulan 3, bulan 4 dan bulan 5 sebanyak RM1,900.00 setiap keping.

Pada bulan ke 2, sebaik sahaja Cek Pertama anda "clear", anda gunakan semula RM1,900.00 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM4,900.00 lagi untuk membuat belian pada bulan kedua. Anda akan menerima 3 keping cek lagi iaitu pada bulan 3, bulan 4, bulan 5 dan bulan 6 yang bernilai RM1,900.00 setiap satu.

Pada bulan ke 3, sebaik sahaja Cek Pertama dan Kedua anda"clear", anda gunakan semula RM3,800.00 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM3,000.00 lagi untuk membuat belian pada bulan ketiga. Anda akan menerima 4 keping cek lagi iaitu pada bulan 4, bulan 5, bulan 6 dan bulan 7 yang bernilai RM1,900.00 setiap satu.

Pada bulan ke 4, anda mempunyai 3 keping cek ( hasil pembelian pertama, pembelian kedua dan pembelian ketiga ) dan gunakan hasil jualan tersebut untuk membuat belian pada bulan ke 4. Jumlah cek tersebut adalah sebanyak RM5,700.00 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM1,100.00 lagi untuk membuat belian pada bulan keempat. Anda akan menerima pembayaran melalui "EV System" iaitu pada bulan 5, bulan 6, bulan 7 dan bulan 8 yang bernilai RM1,900.00 setiap bulan.

Pada bulan ke 5, anda mempunyai 3 keping cek & 1 bayaran melalui "EV System" ( hasil pembelian pertama, pembelian kedua, pembelian ketiga  dan pembelian keempat ) dan gunakan hasil jualan tersebut untuk membuat belian pada bulan ke 5. Jumlah cek tersebut adalah sebanyak RM7,600.00 dan yang ingin dibeli hanyalah RM6,800.00 sahaja. Jadi bonus lebihan RM800.00 adalah BONUS TUNAI anda. Seterusnya, hanya lakukan pembelian yang sama setiap bulan dengan menggunakan hasil jualan dari bulan sebelumnya.
 
 
Hubungi Kami untuk info lanjut.